Monday, June 4, 2007

"HASH" Serendah


SERENDAH 27 Mei 2007, Pagi-pagi lagi para peserta telah berkumpul di tempat perlepasan bagi pengemar sukan lasak berbasikal.Seramai 200 peserta telah datang dari serata Lembah Klang bagi menikmati keseronokan berbasikal.Tidak ketinggalan peserta BTP Bicycle Brigade atau dikenali sebagai BBB buat kali pertama turut serta."Hash Serendah" ini terdapat dua laluan yang dikenali sebagai "Long dan Scenic", biasanya laluan "Long" antara 25Km - 40Km sebaliknya "Scenic" antara 10Km - 16Km.Jarak laluan ini juga bergantung kepada keadaan cabaran laluan itu sendiri.Yuran penyertaan RM10.00 dikenakan bagi setiap peserta.Tiada menang atau kalah, ia semata-mata memberi keseronokan kepada peserta serta mendidik peserta cintakan alam sekitar.





Kelihatan Otai BBB Saudara Ipin atau dikenali sebagai Ayah Pin dan Naza888 beratur membuat pendaftaran penyertaan.Bagi peminat,Naza merupakan orang kuat dalam BBB. Kelihatan Otai BBB Saudara Ipin atau dikenali sebagai Ayah Pin dan Naza888 beratur membuat pendaftaran penyertaan.Bagi peminat,Naza merupakan orang kuat dalam BBB.






Peserta BBB membuat persiapan terakhir sebelum membuat kayuhan.Kelihatan Zazhar serta Kelawar69 membincangkan strategik yang memukau perhatian Angah.Zazhar yang mempunyai darah gred "manis" terpaksa menyapu bahan perledak bagi menghalau nyamuk semasa membuat kayuhan.Apapun kita ucapkan syabas kepada mereka.




Pandangan sewaktu pendaftaran, kelihatan salah seorang "team heavyweights" atau 3 serangkai brother Sharul dengan penuh keyakinan di kaunter pendaftaran.Turut memerhati, Setiausaha BBB bomoh IS.



Siapakan mereka ini, kita saksikan episod seterusnya.........................????????????



Inilah Tok guru Chiko yang menjadi kebanggaan BBB, tapi ada cerita disebaliknya.......





Salah satu laluan yang mencabar para peserta, bagi team BBB, MTB menjadi satu pendekatan yang diambil (Mari.........Basikal).





Pemandangan yang menyejukkan hati para peserta, lebih-lebih lagi peserta BBB (Walaupun batin terseksa). Satu pengalaman yang menyeronokkan.......




Ini siapa pulak, anggota BBB rupanya ( Ikan Bilis ),,,,Syabas kerana kesungguhanmu, semoga ia memberi lembaran baru dalam kayuhan.





100 Plus di puncak bukit mengubat keletihan para peserta selepas penat berkayuh (sponser by penaja) bodek la..tu................





Kenapa ni? sesat keee....................................